Tuesday, 8 November 2016

3; belajar berkongsi dan beralah

Selain Lanchang, Lepar dan Takau pun ada waktunya akan diberi susu. Tapi memandangkan anak gajah berdua ni dah mencecah umur lebih kurang tiga tahun (sudah masanya untuk tempoh cerai susu), jadi depa hanya diberi susu dua hari sekali dan sekali minum hanya sebotol, lebih kurang 2.5 liter. Aku dapat rasakan depa berdua ni merungut juga setiap kali menyusu tu sebab depa dapat sebotol ja. Pasal tu setiap kali aku bagi susu dekat Lanchang, depa keluar bunyi trumpet bagai, tu mesti mengumpat aku tu, kata aku tak adil dan saksama.

                Takau dan Lepar ni sejantina maka depa ni duduk dalam satu kandang yang sama. Hat  Lanchang tu duduk asing sebab dia jantan. Setiap kali nak menyusukan Takau dan Lepar, jujurlah aku ada rasa sedikit cuak sebenarnya. Bukan cuak sebab aku rasa depa pakat nak balun aku pasal protes dapat susu sebotol tapi cuak dengan perangai Takau. Antara Takau dan Lepar, staff kata kena lebih alert dengan Takau sebab dia agak paranoid. Haaaa mesti rasa lucu kan. Ingat manusia ja ka paranoid, gajah pun boleh sama paranoid tau. Salah satu puncanya sebab si Takau ni susah mahu percaya orang ekoran masih trauma waktu dia diselamatkan dari Felda Takau dulu.

                Senang ja kalau nak bezakan antara anak gajah berdua ni. Kalau si Takau, mata dia akan selalu meliar ja pandang kita. Macam nak ditelannya kita ni. Misalan kau bagi susu dekat Lepar dulu, confirm macam-macam bunyi dibuatnya si Takau ni. Complain lah tu! Dasar cemburu buta, haha! Takau masih belum boleh belajar berkongsi lagi, barangkali J

Dari anak gajah berdua ni, aku belajar erti tolak-ansur (konon!) Betullah, bila mana sebelah pihak tidak mahu berkongsi, sebelah pihak lagi akan mengalah. Dalam kes depa ni, Lepar tidak pernah tidak untuk beralah. Memang kebiasaannya dia akan beralah pada Takau supaya Takau dapat menyusu dulu, dengan syarat kena tahu cara nak menenangkan Lepar. Caranya kena hulur jari kita dekat dia untuk dia hisap. Ada orang tanya, tak sakit ke? Tak digigit ke? Tak, tak langsung! Sungguh! Tapi selalunya untuk memberi susu pada Takau dan Lepar, kami akan lakukan berdua. Tak terdaya aku beri susu dekat Takau dan menyua jari ke mulut Lepar serentak.


Tapi, kadang-kadang bila mana kami masih tak berjaya nak menutup mulut Takau daripada merungut disebabkan giliran menyusu beralih pada Lepar, kami umpan Takau dengan rumput Napier. Dan, dia pun diam. Dasar senang disogok rasuah dia ni, ish!

No comments :

Post a Comment