Tuesday, 26 July 2016

2; ibu upah susu



Kali pertama terpandangkan dia, aku sudah jatuh cinta. Jatuh cinta kali pertama, aku kira. Dengan kecomelan dia bertatih mengatur gerak; ke depan kemudian ke belakang, ke kiri dan ke kanan, aku tahu dia sepertinya berbakat berjoget. Comel benar gelagatnya. Dengan lidah sekali-sekala terjelir keluar seakan mengejek membuat orang yang melihat terasa geli hati seperti digeletek. Usinya dalam lingkungan dua tahun. Waktu dia terpisah daripada keluarganya dahulu, dia masih terlalu kecil, kata orang. Kulit pun masih kemerahan. Sekarang tinggal yatim piatu, terlalu sayu. Dalam hati aku nekad, dia ini mesti aku empunyakan semacam anak. Ya, anak susuan!

Sebab itu, hari-hari aku tak pernah jemu bagi susu. Bancuhan susu formula, yang tentunya! Nasi yang sudah ditanak aku kisar dengan sebuku roti, gula perang (molasses), susu Anlene dan dicampur bersama air suam. Ada hari yang telah dijadualkan aku tambah titisan mammimune mengikut dos yang disyorkan untuk sistem imunisasinya. 

Oh, tak apa! Bayi ini tidak akan mati dibekalkan susu begini kerana ini bukannya susu anak manusia, ini memang resepinya untuk bayi gajah yang yatim piatu. Kami bagi nasi sebagai bekalan tenaga, roti untuk mengajarnya mengunyah, gula perang penambah perisa (gajah memang suka benda-benda manis) juga melaraskan suhu badannya dan susu Anlene (untuk 51 tahun ke atas) sebab kandungan kalsiumnya yang tinggi untuk pembentukan tulang dan gigi.

Lanchang, namanya. Memang aku anggap macam anak. Sampaikan staff dekat unit anak gajah ni panggil aku, ibu susuan Lanchang. Hurm, aku suka dan harap Lanchang pun anggap aku macam tu. Lanchang ni memang kuat betul menyusunya. Bayangkan dia saja menyusu tiga kali sehari. Dalam tiga hari tu pula, sekali minum mencecah lebih kurang sepuluh liter. So, basically setiap hari Lanchang akan menyusu 30 liter. 

Dasar anak gajah! (Hahahahahahahahahaha)


 

No comments :

Post a Comment