Monday, 25 July 2016

1; salam perkenalan, gajah-gajah comel!

Sekarang aku dalam tahun akhir pengajian Kesihatan Haiwan dan Penternakan. Dan di akhir tahun dua pengajian, dua bulan setengah masa aku dihabiskan untuk menjalani latihan industri, atau kata mudahnya, praktikal. Aku masih ingat momen-momen minggu pertama ketika aku mula berpraktikal. Iya, mana boleh lupa minggu suai kenal paling indah dengan gajah-gajah di tempat praktikal.

Minggu pertama praktikal, aku dan seorang kawan lagi dibawa ke unit anak gajah oleh penyelia.  Kami bertugas di sana dahulu sebelum ditukar ke unit lain, katanya. Mula-mula kaki menjejak ke tempat praktikal ni, hati dah melonjak-lonjak macam gila dibuatnya. Tak, jangan salah faham! Bukan sebab takut, tapi sebab terlalu teruja, kut? Berbalik kepada cerita, selepas kami selesai berkenal-kenalan serba sedikit bersama staff di unit anak gajah, seperti biasa, kami diberitahu tentang rutin harian di unit ini daripada pagi sampailah tamat kerja di sebelah petang.

And guess what ? Bagi insan-insan yang memang cinta hati pengarang jantungnya haiwan (macam aku dan kebanyakan kawan sekelas aku), percayalah kami jatuh cinta juga mendengarkan rutin harian yang bakal kami tempoh.

Macam yang disebut di atas tadi. Minggu pertama kami di sini boleh dikatakan macam minggu suai kenal. Ingat kami suai kenal dengan staff ja ka? Haaa dekat sini rare, tak semua dapat peluang suai kenal macam ni dalam hidup. Kami suai kenal dengan gajah-gajah comel (comellah, sebab kami jaga anak gajah. Kan memang semua anak-anak itu fitrahnya comel, tak gitu?). Tahu berapa banyak gajah comel di unit kami? Haaaaa 8 ekoq (ekor)!

Aku ingat hat kucing anjing orang bela dekat rumah ja orang bagi nama, rupa-rupanya semua gajah dekat sini ada nama sendiri and gajah-gajah ni diberi nama based on lokasi dia dijumpai. 8 ekoq yang kami jaga ni ada nama Rajah, Lepar, Dara, Langsat, Siput, Takau, Selendang dan Lanchang. Suai kenal kami bukan ingat nama ja tau, kami kena ingat biodata depa ni semua. Kena hafal lokasi anak-anak gajah ni dijumpai, umur dan kenal pasti rupa fizikal depa supaya senang nak kenal hat mana satu Rajah ke Lepar ke apa.

Ada satu tengah hari tu, aku ikut seorang staff ni untuk bagi makan dekat anak-anak gajah comel ni. Kami masuk paddock Dara, gajah betina lebih kurang empat tahun umur dia. Dia ni staff kata dijumpai dekat area Dara Teh, Pahang. Pasal tu nama dia Dara tapi Dara ni memang masih dara. Masa nak letak betik (betik ni kami dah potong ikut potongan yang sesuai dah sebelum tu), aku pergi cangkunglah depan Dara sambil betik dalam baldi yang aku pegang, aku tuang. Habis ja tuang, belum sempat aku bangun, aku terasa besarnya rangka berlaga dengan kepala aku. Haaa ya kepala Dara! Terduduk ke belakang aku dibuatnya. Tapi aku husnudzhon, aku tahu dia tak berniat nak sondol aku, dia cuma berlaga-laga kepala tanda perkenalan ja tu. Juga sebab dia lapar dan betik kegemaran dah depan mata. Rakus!


Sejak benda tu berlaku, setiap kali aku nak tuang makanan aku takkan cangkung dah. Bukan fobia, tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Tapi esoknya tu, Dara dah behave. Dia dah pandai lagakan kepala dia dekat kepala aku dengan manja. 

salam perkenalan, Dara ;)

No comments :

Post a Comment