Friday, 14 November 2014

Rumput

rumput .



kata mahu jadi --
rumput
berani hidup tepi jalan
tapi datang batu ku lemparkan
sudah takut


kata mahu jadi --
rumput
pada lembu diberi makan
tapi datang insan menarik kau sakan
sudah kecut


kata mahu jadi --
rumput
tumbuh melata menghijau buana
tapi tanah tandus yang ku sua
sudah semput

tinta, 
-Q

No comments :

Post a Comment